Saturday, May 8, 2010

Mee Rebus Jawa

menu istimewa hari ni.sempena hari IBU,tapi ibu yang masak..nampak kat umah Noorma mee rebus dia masak.aduh sedap tul tengok.hari ni akak merajinkan diri membuatnya.pepagi akak dan hb gie pasar tani mencari bahan bahan nak buat mee rebus nie.

Mee Rebus Jawa.
BahanBahan:
  • 1 kilo mee kuning
  • 1/2 kilo daging(rebus hiris nipis2-akak separuh kisar bersama dengan bahan kisar)
  • tauge,daun bawang dan sop,bawang goreng
  • telur rebus,limau kasturi dan lada hijau hiris bulat
Bahan kuah
  • 2 biji keledek yang sedang(rebus empuk ,kisar halus)
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 2 btg serai
  • halia,lengkuas.sedikit udang kering
  • cili kisar,serbuk kari dan sedikit kacang tanah digoreng (ni akak tambah)
  • garam dan gula
cara cara:
  1. kisar halus bahan bahan kuah.asingkan semasa kisar keledek dan kacang tanah.
  2. pijarkan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik wangi.bila dah naik minyak ,masukkan air dan daging .biarkan empuk sebentar.
  3. masikkan keledek dan kacang tanah tadi,tambahkan air dan masukkan garam dan gula.kuah nie mestilah agak manis dan pekat.
  4. bila telah masak,angkat dan boleh laa dihidangkan...seperti dalam gambar ...

6 comments:

  1. sedapnya mee rebus jaya kak as!!! tiba2 mcm teringin nak mkn. tp jauh pulak nak ke tpt yg jual mee rebus jawa sedap!!!

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Ibu buat asma...
    Sedapnya mee rebus jawa tuh... :)

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Asma,
    Selamat Hari Ibu... Umar bagi hadiah apa kat Ibu hari ni? hehe

    ReplyDelete
  4. ain,neh ler dtg umah akak nnti akak buatkan mee jawa tuh...sedap..kat JB ade jualkan..selamat menjamu selera!!!

    ReplyDelete
  5. FZi,terimakasih buat fzi juga selamat hari ibu yer..

    ReplyDelete
  6. salam kembali ijan..umar tak bg hadiah per pun tapi dia bag senyuman pepagi tadi..lesung pipit melekuk ajer...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails